Thursday 15 December 2011

rahsia

aku punya rahsia...
rahsia yang tiada siapa yang mengetahuinya...
hanya Dia dan orang-orang senasib aku sahaja yang mengetahuinya...
rahsia yang sangat besar dalam hidup aku...
kadang-kadang aku terasa ingin sahaja...
memberitahu seluruh dunia mengenai rahsia aku...
memberitahu teman-teman rapat serta ahli keluarga aku...
tapi aku tidak mampu...
kerana apa...
kerana mereka pasti tidak dapat menerima nya...
mereka pasti akan membuang aku jauh dari hidup mereka
seorang sahabat telah memberitahu aku...
Allah sangat sayangkan kamu...
sebab itu la Dia menutup aib kamu...
Dia boleh sahaja membuka aib kamu pada bila-bila masa...
tapi dia memilih untuk menutup aib kamu...
jadi mengapa mesti kamu membuka aib kamu sendiri...
malah bersyukur la sebab Allah menolong kamu dan sayangkan kamu...
kerana itu aku memutuskan untuk menjaga aib aku...
walaupun perit menanggung rahsia ini...
walaupun aku rasa bersalah kerana rahsia ini...
ini la jalan yang terbaik untuk ku...
dan jalan yang terbaik untuk kamu juga...
ini la pengorbanan yang terpaksa aku lakukan...
demi menutup rahsia aku dan kamu...


*rahsia ini memang tol ada tau...kikiki

No comments:

Post a Comment