Tuesday 8 November 2011

anak tak sah taraf..

okey...ari nie kite akan bincang isu semasa yang sangat2 kronik skang nie...isu anak tak sah taraf atau anak luar nikah...bagi saya anak tak sah taraf nie tak bersalah...tapi kenapa masyarakat suka sangat memandang serong pada anak tak sah tarah nie...yang bersalah skang dalam hal nie adalah parenz dorang...jadi kenapa mesti menyalahkan mereka...malah mereka tidak minta pun untuk dilahirkan di dunia nie...

dari apa yang saya lihat...anak tak sah taraf nie mempunyai banyak kelebihan...kebanyakan anak tak sah taraf nie mempunyai pemikiran yang cerdas (kata lain sangat pandai). mereka cepat belajar dan senang tangkap apa yang di ajar kepada mereka...malah. golongan2 yang tidak mempunyai anak pun akan mengambil anak tak sah taraf sebagai anak angkat mereka...apa yang saya dapat lihat ialah banyak golongan dari kalangan ustaz dan ustazah yang beria-ia untuk mengambil anak tak sah taraf nie sebagai anak mereka..

tapi memang tidak dapat dinafikan bahawa memang bukan mudah untuk menjaga anak tak sah taraf ini...sedikit sebanyak mereka akan mengikut perangai ibu bapa mereka yang tidak baik...tapi kalau betul acuan, tidak mustahil anak tak sah taraf nie boleh menjadi seseorang yang sangat berpengaruh suatu hari nanti...bak kata pepatah anak2 nie ibarat kain putih.so sebagai ibu bapa (kandung/angkat), mereka memainkan peranan yang sangat besar dalam mencorak peribadi anak tersebut.

pada masa kini banyak kes2 buang bayi yang dapat kite tengok..samaada di televisyen ataupun di surat khabar...wahai pembuat maksiat, kenapa la perlu membunuh anak yang tidak bersalah itu...mereka itu suci...mereka itulah yang akan menjadi pendinding kepadamu di akhirat kelak...merekalah yang akan mendoakan kamu jika kamu sudah tiada nanti...jadi kenapa perlu untuk membunuh anak itu...cukuplah dengan kesalahanmu membuat zina...kenapa perlu ditambah lagi dengan dosa membunuh anak...tidak ada sedikit pun kah perasaan kasih mu kepada anak mu...sembilan bulan membawa kandungan...takkan la langsung tiada erti semua kenangan itu...

masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini...jangan la menghina mereka kerana maksiat mereka...sebaliknya bantu dan bimbinglah mereka untuk kembali ke pangkal jalan...dan supaya mereka tidak akan tersesat lagi...Wallahuallam...

No comments:

Post a Comment